Sunday, 8 May 2011

Selamat Hari Ibu..


Hari ini telah menjelang hari ibu, dahulu aku selalu tertanya-tanya kenapa seluruh dunia ingin menyambut hari ibu..?? Aku mencari jawapannya dengan bertanyakn kepada kawan2 ku ketika itu mereka menjawab dengan menyatakan,"dah ibu yang menjaga kita, maka kita perlu hargai mereka," tetapi ada juga yang memberi jawapan," dah semua sambut so kita sambut jela..." itulah jawapan yang paling aku tidak sukai untuk mendengar. Setiap masa aku masih mencari jawapan kerana aku inginkan satu jawapan yang mampu menjawab persoalan ku itu. Sekiranya orang berkata ibu yang menjaga kita, jadi bagai mana dengan ayah?? Ayah turut menyumbangkan dan mengorbankan juga untuk kita....



Pada suatu hari persoalan ku terjawab dengan jawapan yang diberikan oleh guruku..
1)   Ibu dan ayah adalah kasih sayang yang dimana tidak ternilai dan ia tidak mampu dibeli dengan kekayaan tetapi kasih dan pengorbanan ibu itu sukar untuk dijelaskan kerana ia amat besar dan sungguh mulia disisi ALLAH. Mari kita lihat apakah pengorbanan ibu itu..Allah telah memberi satu keajaiban yang manusia tidak dapat rasai kecuali ibu itu dengan memberikan kehamilan kepada seseorang wanita. 9 Bulan itu sungguh lama dan pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dilalui oleh wanita itu sendiri. Lelaki bagaimana pula?? Kalau lelaki itu tahu kesengsaraan itu mesti mereka turut tidak sanggup..Dalam masa kehamilan itu sehinggalah terlahirnya kita di muka bumi Allah ini dan ketika itulah si ibu itu sedang berada dihujung nyawa. Mereka seolah sedang melalui sakaratul maut dan hanya mereka saja yang dapat merasakan. Maka Allah telah memberi satu lagi keistimewaan kepada wanita, "apabila lahirnya anak maka terhapuslah segala dosa-dosa si ibu itu.." maka dalam kesakitan ada kelebihannya..

2)  Selepas melahirkan, si ibu yang membesarkan anak-anak dengan memberi susu ibu, yang mana susu itulah yang paling terbaik di muka bumi ini. Pada hari ini kita dapat lihat dipasaran pelbagai jenama susu yang ada dan ada yang memberikan kepada anak-anak mereka walaupun mereka baru dilahirkan. Dengan memberi susu ibu kepada anak-anak ia mampu melahirkan "connection" antara ibu dan anak.

3)  Ketika anak-anak sedang membesar kita dapat lihat ibu yang paling rapat dengan kita, menjaga makan pakaian kita, walau bagaimana pun ayah turut menjaga juga. Kita dapat lihat dimuka akhbar ibu sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk selamatkan anak-anak. Mereka sanggup berlapar asalkan anak-anak mereka tidak kelaparan, mereka sanggup berpakaian biasa asalkan anak-anak mereka sentiasa cantik.

4) Keistimewaan wanita itu telah diangkat dalam agama kerana segala pengorbanan itu hanya wanita saja yang akan merasakan dan sesungguhnya apabila wanita itu mengerti segala pengorbanan itu adalah pahala maka syurga tempat bagi mereka. Satu contoh yang paling terbaik, kalau kita perasan apabila ibu mampu menguruskan segalanya untuk keluarga dari anak sampai lah ke suami. Sekiranya suami mereka sudah tiada maka hidup mereka untuk anak-anak dan mereka berusaha hidup untuk anak-anak. Sekiranya kita lihat apabila lelaki itu kehilangan isteri mereka hidup mereka mesti jadi tidak teratur..

Maka dengan segala pengorbanan ibu itu..akan menjadikan kita lebih sayangi mereka..selamat hari ibu..

No comments:

Post a Comment